//Superb winsome !
Tuan Tanah


hit the photo to see what happen


Instagram



Diaries Owner Linkies Note

hello gaisss .
Click the tab up there .
mind you word .
no harsh word .
Thanks for visiting .


KeepSmiling



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Minenon
Others:   

Achievement



Archieve



Peranan keluarga dalam mengatasi masalah obesiti dalam kalangan remaja .

weh serious ni dah dekat setahun kot tak update hahahahah. 
so , harini rajin pulak nak update .
tp nak update tentang karangan yang saya tulis sendiri .
karangan bm utk peperiksaan pertengahan tahun haritu hehe

    Ibnu Sina pernah berkata, hormatilah warga tua kerana mereka terlebih dahulu mengenal dunia dan kasihanilah warga muda kerana terpengaruh dengan keasyikan dunia. Kata-kata tersebut amat sinonim dengan isu yang sering dipolemikkan dalam kalangan masyarakat iaitu masalah obesiti dalam kalangan remaja. Remaja yang terlalu asyik dengan kehebatan dunia telah mengakibatkan masalah obesiti semakin menular dalam kalangan remaja yang sepatutnya menjayakan visi ' Pemuda harapan bangsa ,  pemudi tiang negara ' . Menurut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia , telah berlaku sebanyak lima peratus peningkatan masalah obesiti dalam kalangan remaja di negara kita dari setahun ke setahun. Perkara ini sering menjadi hal yang merisaukan seluruh lapisan masyarakat di negara ini. Maka pihak keluarga perlulak memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah obesiti dalam kalangan remaja kerana pembelajaran seharusnya bermula di rumah .

    Ibu bapa yang positif bakal melahirkan anak-anak yang positif sesuai dengan aforisme bagaimana acuan , begitulah kuihnya. Oleh itu, ibu bapa serta keluarga perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak . Satu daripada cara mengatasi masalah obesiti dalam kalangan remaja ialah ibu bapa perlulah memastikan para remaja makan mengikut piramid makanan yang disarankan oleh pihak kesihatan, Dalam menempuh dunia yang penuh pancaroba ini, ibu bapa tidak seharusnya bersikap materialistik dengan hanya mengejar dunia semata-mata, sebaliknya mereka perlulah memberikan perhatian kepada anak-anak yang sedang merangkak untuk mengenal dunia. Jika ibu bapa sentiasa mementingkan kerjaya, maka keadaan anak-anak di rumah juga akan terabai, Mereka akan selalu memesan makanan segera yang tidak terjamin khasiatnya dek kerana kesibukan ibu bapa. Pengambilan makanan mengikut piramid makanan perlulah diterapkan dalam kalangan remaja supaya dapat mengelakkan pemakanan tidak seimbang yang dapat membawa kepada masalah obesiti. Ibu bapa seharusnya bertanggungjawab melaksanakan tugas ini .

    Selain itu , program 1 Murid 1 Sukan pula tidak boleh hanya dijalankan di sekolah tetapi juga di rumah . Program ini bertujuan untuk memupuk minat remaja dalam melakukan aktiviti senaman supaya dapat memperoleh kesihatan yang baik. Bantuan daripada kalangan keluarga dapat menjayakan program ini. Ahli keluarga boleh meluangkan masa bersama-sama dengan melakukan aktiviti yang menyihatkan badan seperti berjoging, berenang, mendaki gunung dan sebagainya. Hal ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah obesiti dalam kalangan remaja tetapi juga mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga agar hubungan kekeluargaan dapat disinonimkan dengan peribahasa bagai isi dengan kuku. Apabila pihak keluarga melakukan aktiviti senaman yang menyegarkan badan bersama-sama, maka masalah obesiti dalam kalangan remaja juga dapat dikurangkan. Jika tidak, mereka mungkin mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok , makan makann yang tidak berkhasiat dan sebagainya. Hal ini akan menambahkan jumlah remaja obesiti dari sehari ke sehari kerana sifat malas untuk bersenam .

    Seterusnya, disiplin dapat melahirkan masyarakat yang madani dan inovatif . Oleh itu , pihak keluarga juga memainkan peranana penting dalam mendisiplinkan remaja untuk pengurusan pemakanan. Para remaja perlulak makan mengikut jadual yang telah disediakan oleh ibu bapa dan keluarga . Hal ini kerana jadual pemakan yang elok dan teratur dapat mengurangkan jumlah obesiti dalam kalangan remaja . Sebagai contoh, jika seseorang tidak mengikut jadual pemakanan yang disediakan, dia mungkin sahaja akan makan mengikut kehendak hatinya tanpa mengira waktu. Makan di tengah malam akan lebih mempercepat proses penggemukkan dalam diri individu. Maka, jika pemakanan remaja tidak dikawal oleh keluarga, mereka akan lebih terdorong untuk makan pada waktu yang tidak sesuai sekali gus akan mendatangkan pelbagai penyakit terutamanya obesiti, Oleh itu , pihak keluarga terutamanya ibu bapa berperanan dalam menyediakan jadual pemakanan untuk anak-anak dan memastikan mereka mengikut jadual yang ditetapkan kerana apabila mereka tidak mengamalkan jadual tersebut , usaha ibu bapa dalam menyediakan jadual pemakanan menjadi sia-sia ibarat mencurah air ke daun keladi .

    Nenek pernah berpesan, sediakan payung sebelum hujan. Pihak keluarga berperanan dalam menjayakan peribahasa ini. Membawa remaja ke hospital untuk pemeriksaan berkala juga merupakan dalam kalangan remaja juga merupakan satu daripada cara untuk mengatasi masalah obesiti dalam kalangan remaja. Apabila keluarga sering membawa para remaja ke hospital , untuk membuat pemeriksaan, maka kesihatan mereka akan lebih terjamin. Ini kerana, pihak hospital akan membuat tinfakan yang pantas dengan memeriksa tahap kesihatan remaja sekiranya terdapat perubahan berlaku terhadap kesihatan remaja. Sebagai contoh, apabila seseorang remaja mula menghidapi tanda-tanda obesiti, maka pihak kesihatan akan segera memberitahu tips untuk menjaga kesihatan. Hal ini terbukti apabila kajian menyatakan menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 40 peratus masalah kesihatan termasuk obesiti akan menurun sekiranya rakyat bertindak pantas dengan melakukan pemeriksaan berkala di hospital berhampiran. Tegasnya, pihak keluarga perlulah membawa remaja ke hospital untuk pemeriksaan berkata setiap enam bulan sekali. Tindakan ini adalah untuk mengelakkan penyakit obesiti semakin menular di kalangan remaja, jangan nanti , sudah terhantuk baru hendak terngadah .

    Sebagai penghias bicara akhir ,jelaslah ihak keluarga memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah obesiti dalam kalangan remaja. Setiap ahli keluarga perlulah menggembleng tenaga dan bergabung sinergi dalam usaha mengatasi masalah yang menjadi buah mulut masyarakat dinihari . Ini bukanlah angan-angan Mat Jenin kerana kita tidak mahu melahirkan remaja dan bangsa yang bobrok, sebaliknya adiwangsa perkasa yang mampu membela dan berjasa kepada negara. Sesungguhnya kesihatan merupakan anugerah yang tidak ternilai yang dikurniakan oleh Tuhan. Oleh itu, kita perlulah bekerjasama dalam menyahut seruan negara dalam menjayakan ' Kempen Sifar Obesiti ' . Kita juga perlulah menjaga kesihatan kerana akal yang cerdas datang dari badan yang cergas . 
    

Done ! huhu . semoga berguna post kali ini . Alhamdulillah i got 87/100 for this karangan :)